MANGSA BANJIR DI SARAWAK MENINGKAT KEPADA 127 ORANG

28/02/2023 07:41 PM

KUCHING, 28 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching dan Bau, Sarawak,  meningkat kepada 127 orang daripada 31 keluarga petang ini berbanding 17 orang daripada tujuh keluarga, tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat petang ini, sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.

PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya di Kuching menempatkan 107 mangsa daripada 23 keluarga, PPS Dewan Perdana Bau (11 mangsa/enam keluarga) dan PPS  Balai Raya Kampung Opar, Bau, menempat sembilan mangsa daripada dua keluarga.

Banjir melanda kawasan Kuching dan Bau selepas hujan berterusan sejak kelmarin.

 -- BERNAMA