JABATAN HUTAN S'WAK TANAM 3,000 ENGKABANG JANTONG SEMPENA HARI HUTAN ANTARABANGSA

Credit: Forest Department Sarawak
21/03/2024 09:42 PM

KUCHING, 21 Mac (Bernama) -- Jabatan Hutan Sarawak menanam 3,000 pokok Shorea macrophylla atau engkabang jantong di Hutan Simpan Sabal, kira-kira 107 kilometer dari sini, sebagai sebahagian usaha pemuliharaan sempena Hari Hutan Antarabangsa 2024.

"Negara-negara digalakkan untuk melaksanakan usaha (peringkat) tempatan, nasional dan antarabangsa untuk menganjurkan aktiviti yang melibatkan hutan dan pokok-pokok, seperti kempen penanaman pokok," menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut jabatan itu Shorea macrophylla adalah daripada keluarga Dipterocarpaceae dan merupakan spesies endemik Sarawak serta bahagian-bahagian lain di Borneo. 

Credit: Forest Department Sarawak

"Buahnya, kacang illipe, kaya dengan kandungan minyak dan oleh itu Shorea macrophylla juga dinamakan 'mentega daripada hutan' oleh penduduk tempatan," menurut kenyataan itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Happysupina Sait dan 100 peserta, terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan, sukarelawan dari Persatuan Jepun Malaysia dan masyarakat tempatan terlibat dalam aktiviti penanaman pokok itu.

Pada 2012, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 21 Mac setiap tahun sebagai Hari Hutan Antarabangsa untuk meraikan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan semua jenis hutan. 

Credit: Forest Department Sarawak

-- BERNAMA

 

 

Credit: Forest Department Sarawak