100 ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN AIIDILFITRI PUSAKA

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
16/03/2024 11:01 PM

KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- Seramai 100 anak-anak yatim menerima sumbangan wang tunai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), malam ini. 

Kesemua penerima berkenaan melibatkan tiga pusat tahfiz serta empat buah sekolah rendah di sekitar Kuching dan Samarahan. 

Majlis berkenaan disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Awang Daud.

Penganjuran majlis tanggungjawab sosial korporat PUSAKA kepada masyarakat itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Penasihat PUSAKA Datuk Hashim Bojet dan Pengurus Besar PUSAKA Zainal Abidin Abdullah.

Terdahulu, seramai 800 orang melibatkan warga PUSAKA serta tetamu yang hadir menyertai majlis berbuka puasa dan solat tarawih secara berjemaah. 

-- BERNAMA