PEMILIHAN SEBAGAI TUAN RUMAH HAWANA 2024 TAWAR PELUANG TERBAIK UNTUK SARAWAK - KDJA 

Communications Minister Fahmi Fadzil after spending about 30 minutes visiting former RTM editor Sahbudin Abdullah, 73, who is suffering from heart and diabetes ailments, at his residence in Cheras, here today.
04/01/2024 08:56 PM

KUCHING, 4 Jan (Bernama) -- Pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 menawarkan peluang kepada negeri itu untuk menampilkan kelebihannya.

Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo berkata acara itu turut menawarkan peluang terbaik untuk mempromosi dan menonjolkan keupayaan pengamal media di Sarawak.

“Acara itu adalah platform untuk pengamal media berhimpun dan membincangkan isu semasa yang dihadapi oleh industri.

“Kami berharap dapat terlibat dalam perancangan serta penganjuran HAWANA 2024 dan kami sudah mempunyai beberapa cadangan mengenai cara untuk meraikan kerja keras media tempatan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi sambutan HAWANA 2024 yang dijadualkan pada 27 Mei depan.

Fahmi berkata sambutan itu akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan terus memainkan peranan sebagai urusetia bagi penganjuran sambutan berkenaan.

“Keputusan pemilihan Sarawak ini sudah diputuskan dalam mesyuarat pasca-Kabinet semalam dan ia sebenarnya bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang mahukan HAWANA 2024 diadakan di negeri itu dalam ucapan beliau pada sambutan HAWANA 2023 di Ipoh, Perak tahun lepas.

“Bagaimanapun, lokasi sebenar di Sarawak bagi penganjuran HAWANA 2024 itu akan diputuskan kemudian. 

“Kementerian akan mengadakan perbincangan termasuk dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk tentukan beberapa perkara,” katanya.

-- BERNAMA