KUCHING, SAMARAHAN, SERIAN CATAT IPU TIDAK SIHAT
07/08/2026 01:34 PM
KUCHING, 7 Ogos (Bernama) -- Kualiti udara di kawasan Kuching, Samarahan dan Serian merekodkan kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 12 tengah hari ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Kuching mencatatkan bacaan 139, Samarahan (140) dan Serian (162).
Kawasan-kawasan lain di Sarawak mencatatkan IPU sederhana.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA
