SUKMA 2024: SARAWAK BOLOT DUA EMAS ACARA SENI MUAY THAI
BINTULU, 19 Ogos (Bernama) -- Tuan rumah membolot dua pingat emas acara seni Muay Thai yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
Pada aksi berlangsung di Naim Street Mall Paragon di sini, Mifdal Wafiy Ayatullah menyumbang pingat emas acara Solo Wai Kru selepas mengumpul 9.00 mata menewaskan wakil Sabah Muhammad Iftikhar Syahlan As Roslan yang mengutip 8.80 mata.
Mifdal Wafiy terus menambah keceriaan kontinjen Sarawak apabila gandingannya bersama Mohamed Azrell Saifullah membutirkan emas dalam acara Duo Mai Muay.
Kedua-dua atlet tuan rumah itu mendapat 8.80 mata menewaskan gandingan Sabah, Asyraf Danial Abdul Latif-Marshall Jayden Jerry hanya dengan 0.20 mata di hadapan.
Mai Muay dan Wai Kru merupakan acara seni dalam sukan Muay Thai dan kebiasaannya dilakukan sebelum berlawan dalam gelanggang.
-- BERNAMA
