413 MANGSA BANJIR BERADA DI TIGA PPS DI SARAWAK

File pic
18/02/2024 09:32 AM

KUCHING, 18 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan sedikit penurunan dengan 413 orang daripada 107 keluarga berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, setakat 8 pagi ini berbanding 418 orang petang semalam. 

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 186 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (167) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60).

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam ini diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman.

-- BERNAMA