Sarawak adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di barat laut Pulau Borneo, kepulauan ketiga terbesar di dunia.

Berkeluasan 124,450 km persegi, Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 2.8 juta orang, terdiri daripada lebih 30 etnik yang hidup bersama dengan harmoni dalam semangat toleransi yang tinggi. Dikenali juga sebagai Bumi Kenyalang, negeri ini kerap kali dirujuk sebagai model perpaduan penduduk di tempat lain.

Sebagai sebuah negeri yang besar, Sarawak yang mencapai kemerdekaan pada 1963 menerusi penubuhan Malaysia mempraktikkan pentadbiran yang unik, menyaksikan ia dibahagikan kepada 12 bahagian - Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Samarahan, Bintulu, Betong, Mukah dan Serian - dengan pentadbiran setiap bahagian diketuai seorang Residen.

Kuching ialah ibu negeri Sarawak dan pusat pentadbiran negeri. Ia diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 0gos 1988 dan Bandar Raya Perpaduan pertama di dunia pada 1 Ogos 2015.

Kawasan Parlimen

(Klik peta untuk lebih info)

#PRU15 #PRU15Bernama #SarawakTok

Carta

Sumber : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Lan Ngelala Sarawak

(Kenali Sarawak)

Lebih tiga dekad Empangan Hidro Elektrik Batang Ai terangi Sarawak

Kampung Sapit, kampung di atas awan

Pembersihan dan sanitasi pusat mengundi dibuat bagi menjamin keselamatan pengundi

Persiapan terakhir menjelang PRN Sarawak ke-12 esok

Batu Nabau dikaitkan dengan jelmaan Dewa Ular

Terendak menjadi kraftangan kebanggaan masyarakat Melanau di Kampung Tanam, Dalat

Penanaman cili secara fertigasi menjadi sumber pendapatan penduduk Kampung Jerijeh, Tanjung Manis

Rumah Api berbentuk Kuda Laut tarikan di Pantai Coco Cabana, Miri

Panorama matahari terbenam tarikan pengunjung ke Pantai Coco Cabana

Taman Buaya di Kuala Baram tarikan pelancong di Miri

Video

  • Semengat Sarawak
  • The Sarawak Story
  • Lain-lain

Infografik