LIMA MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI SIBU

Credit : Bomba Sarawak
05/06/2023 06:29 PM

SIBU, 5 Jun (Bernama) -- Lima orang termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun dan seorang warga emas, maut dalam satu kemalangan jalan raya di KM64, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini, hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 10.09 pagi itu dikenal pasti sebagai Marcos Marican, 26, Marican@Langkan Legi, 61, Alicesha Bathrish Langi, 24, dan bayi berkenaan, Allesandro Collin Steward.

“Identiti seorang lagi mangsa yang maut, masih belum diperolehi,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau Shukri Ab Rahim, ketika dihubungi hari ini.

Credit : Bomba Sarawak

Shukri berkata lima orang lagi mangsa terselamat dalam kemalangan itu, yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah kereta Kia Sportage.

“Dua daripada mereka yang terselamat, kedua-duanya lelaki mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Klinik Kesihatan Selangau untuk rawatan lanjut,” katanya.

-- BERNAMA