PBB umum 16 Ahli Majlis Tertinggi sayap Bumiputera

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
19/06/2022 02:25 PM

KUCHING, 19 Jun (Bernama) -- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini mengumumkan senarai 16 Ahli Majlis Tertinggi (MT) sayap Bumiputera parti itu untuk sesi 2022 hingga 2025.

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi Tetap PBB Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar semasa Perhimpunan Agung PBB ke-15 di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni mendahului senarai dengan jumlah undi tertinggi 867 diikuti Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Mohamad Razi Sitam (860) dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol (836).

Selain itu, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Aidel Lariwoo (830) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman (824).

 

Berikut senarai penuh 16 Ahli MT sayap Bumiputera PBB: 

1. Dr Hazland Abang Hipni (867 undi)

2. Mohamad Razi Sitam (860 undi)  

3. Datuk Abdullah Saidol (836 undi) 

4. Aidel Lariwoo (830 undi)  

5. Fazzruddin Abdul Rahman (824 undi) 

6. Shafiee Ahmad (824 undi)

7. Razaili Gapor (806 undi) 

8. Awla Idris (798 undi)

9. Yusuf Abdul Wahab (789 undi) 

10. Datuk Dr Juanda Jaya (784 undi) 

11. Mohamad Duri (779 undi)

12. Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa (766 undi)

13. Datuk Haidar Khan Asghar Khan (755 undi) 

14. Mohammed Kamaluddin Mohamad Effendie (687 undi) 

15. Mohamad Sardon Zainal (615 undi)

16. Syed Hamzah Wan Hamid Edruce (529 undi)

 

-- BERNAMA